Wednesday, January 30, 2008

MOTIVASI PELAJAR PINTAR SOLEH: AKU PENCETUS KECEMERLANGAN (Bahagian 7)

4.2 Akhlak

Saidatina Aishah apabila ditanya bagaimanakah akhlak Nabi, maka beliau akan mengatakan bahawa Nabi adalah seperti al-quran yang bergerak. Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya engkau (Mohammad) berada di atas akhlak yang tinggi" (Al-Qalam:4). Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak". Oleh yang demikian sebagai tanda anda mencintai Rasulullah saw dan berhasrat menjadi pengikut yang cemerlang maka sewajarnyalah anda mencontohi akhlak yang telah ditunjuk oleh Baginda di dalam kehidupan seharian anda. Berikut adalah beberapa contoh adab yang boleh menjadi pedoman kepada anda

4.2.1 Adab bercakap/berkomunikasi

• Berfikirlah dahulu sebelum mengeluarkan kata-kata samada apa yang akan dikeluarkan adalah sesuatu yang benar ataupun sebaliknya.
• Bercakaplah dengan lemah lembut atau sopan menggunakan nada yang bersesuaian mengikut bilangan pendengar yang ada. Janganlah anda terjerit-jerit semasa berbicara.
• Bahasa yang anda gunakan semasa perbualan mestilah daripada bahasa yang baik dan mudah difahami
• Jika orang lain sedang bercakap atau memberi pandangan, elakkan daripada memotong cakap mereka yang sedang memberi pandangan. Beri peluang kepada mereka menghabiskan percakapan mereka dahulu barulah anda memberi pandangan anda pula.
• Berbuallah mengenai perkara yang boleh memberi munafaat kepada pembangunan diri anda dan jangan mencerca ataupun menceritakan keburukan orang lain di dalam perbualan.
• Membuat fitnah adalah merupakan salah satu daripada dosa besar yakni lebih besar dosanya daripada membunuh. Oleh itu jangan sekali membuat fitnah.
• Beri tumpuan atau pandanglah kepada mereka yang sedang bercakap dan jangan palingkan muka anda ke tempat lain.
• Jadilah pendengar yang baik yakni mendengar segala luahan terutamanya jika ada di antara mereka yang sedang mengalami masalah dan ingin berkongsi masalah tersebut dengan anda. Ini dapat membantu mengurangkan masalah yang mereka hadapi.
• Maafkanlah kesalahan yang telah dilakukan oleh orang lain kepada anda. Rasulullah saw adalah seorang yang pemaaf. Baginda tidak berdendam walaupun mempunyai kesempatan untuk membalasnya.

1 comment:

Gelombang Rakyat said...

Hebat anda! Siapa hebat? Anda hebat...