Monday, January 13, 2014

Rasulullah Insan Termulia


Kita mestilah berbangga dan bersyukur menjadi umat Nabi Mohammad saw. Ini kerana Baginda adalah insan yang paling mulia dalam sejarah kehidupan manusia.

Tidak ada insan lain yang dapat menandingi kemuliaan baginda daripada zaman dahulu sehinggalah ke hari akhirat.

Disebabkan kehebatan dan kemuliaan Bagindalah menyebabkan Allah swt telah melantik Baginda menjadi utusannya yang terakhir untuk merahmati seluruh alam.

Perlantikan Baginda sebagai Rasul bukanlah secara kebetulan sebagaimana ada yang difahami oleh sesetengah pihak. Samada kebetulan pada masa tersebut tidak ada orang lain yang layak menjadi rasul ataupun kebetulan pada zaman tersebut manusia hidup dalam keadaan jahiliyah.

Allah swt adalah Tuhan yang Maha Mengetahui samada yang tersembunyi ataupun yang nyata, samada yang sudah berlaku atau yang sedang berlaku ataupun yang belum belaku. Oleh yang demikian Allah swt sememangnya telah mengetahui sejak azali lagi yang mana tidak akan wujud manusia yang sehebat dan semulia Nabi Mohammad saw bermula daripada zaman Nabi Adam sehinggalah pada bila-bila masapun.

Disebabkan kemuliaan tersebutlah maka Allah swt telah memilih Nabi Mohammad saw sebagai utusan terakhir untuk menyelamatkan keseluruhan ummat manusia dan jin daripada jalan kesesatan.

Allah swt juga telah menurunkan al-quran yang mulia kepada junjungan besar kita Nabi Mohammad saw. Kitab al-quran dan sunnah Bagindalah yang telah ditinggalkan kepada kita yang menjadi panduan untuk meneruskan kehidupan di muka bumi.

Firman Allah swt yang bermaksud: “Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka seorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Qur'an) dan Al-Hikmah (As-Sunah) serta menyucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. [2.129]

Kecintaan kita kepada Nabi Mohammad saw, mestilah berasaskan kepada kecintaan yang sejati. Rasulullah saw telah bersabda yang bermaksud: "Tidak sempurna iman kamu, sebelum ia lebih mencintai aku daripada mencintai ibu-bapanya, anaknya dan manusia umumnya".

Beriman dengan Rasulullah saw dan risalah yang telah dibawa oleh baginda merupakan satu tiket kepada kita untuk masuk ke dalam syurga Allah swt. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Demi Allah, yang jiwa Mohammad berada di tangannya, setiap orang yang telah mendengar Risalahku, baik ia Yahudi atau Nasrani, kemudian dia mati tanpa iman dengan Risalahku itu maka dia pasti masuk neraka".


Thursday, October 3, 2013

Siri 2: Tip Apa Yang Nak Diceramahkan?



Ok, peringkat asas ni cuba kita paham dan ingatkan 5 tajuk yang telah dikongsikan pada siri yang lepas iaitu; Cinta Kepada Allah, Cinta Kepada Rasul, Cinta Kepada Ibu Bapa, Cinta Kepada Ummah dan Cinta Kepada Kecemerlangan. 

Tak perlu nak pikir bagaimana nak elaborate panjang2 lagi. Sebabnya kitapun dipanggil berucap secara terkejut ha ha. Nak elaborate lebih terperinci, tu nanti kita bincangkan kemudian. Ini kiranya paling cokia la kata orang utara. Cokia pun cokia lah yang pentingnya bila kita dijemput untuk memberi sedikit ucapan, maka dalam kepala kita dah ada 5 isi penting yang boleh kita sharekan. Tak le dengan semudahnya nak kita tolakkan hajat mereka.

Kalau kita boleh elaboratekan sedikit, lagi le baguih. Baru la anak2 kita tu bertambah konfiden dengan pakcik makcik ni haa. 

Apabila kita berdiri di depan audien tu, tak kira la sapa mereka tu, maka kita mulakan le sedikit pengenalan dulu dengan menyebut puji-pujian kepada Rasululullah saw dan para sahabat khususnya. Kita juga ucapkan terima kasih kerana menjemput kita untuk beri ucapan. Kemudian baru le kita bagi tau kepada audien bahawa hari ni pakcik atau makcik nak kongsikan 5 perkara penting atau 5 kecintaan yang perlu ada dalam kehidupan kita bagi menjamin kejayaan hidup di dunia dan akhirat. Ulangkan balik statement tu, nak bagi tau yang benda tu memang betoi2 penting.

Jangan le mika terus sebut kelima2 poin tu pulak, nanti tak sampai 30 saat dah habis cerita heee. Kemukakan soalan dulu kepada audien kita. Bior depa ni berfikir sikit. Baru le menarik. Ini kira macam ‘ice breaking le’. Pada masa ni mereka akan respon dengan kita. Macam-macam jawapan akan diberikan. Puji le sikit kepada mereka yang bagi respon tu. Kalau ada hadiah kecik2 tu boleh juga diberikan kepada mereka yang bagi jawapan sama dengan poin kita. Hadiah ni digunakan untuk bagi depa syok. Bila depa ni syok, maka mudah le untuk menerima poin yang kita nak bagi tu.

Agak2 le, kalau dah macam saturated je jawapan tu, kita berhentikan dan baru le kita mulakan dengan 5 poin kita tadi. Ok, sekarang ni pakcik/makcik nak bagitahu kepada kamu semua 5 perkara tersebut ialah yang pertamanya untuk menjadi seorang yang cemerlang di dunia dan akhirat,  kita kena Cinta Kepada Allah. Sebenarnya 5 perkara ini cuba menjawab soalan apa? Setiap kali selepas bagitahu poin tu, cuba tanya lagi kepada mereka untuk menjawab soalan kenapa? “Kenapa kita kena cinta kepada Allah”?  Haaa.. mereka pun jawab dan kita cuba le huraikan sikit dari jawapan mereka. Begitu lah seterusnya sampai habis poin kelima.

Kemudian minta mereka ulang2kan 5 poin ni pulak supaya mereka boleh paham dan ingat bahawa untuk menjadi orang yang berjaya di dunia dan akhirat, mereka mestilah Cinta Kepada Allah, Cinta Kepada Rasul, Cinta Kepada Ibu Bapa, Cinta Kepada Ummah dan Cinta Kepada Kecemerlangan.

Tuesday, September 24, 2013

Siri 1: Tip Apa Yang Nak Diceramahkan?

Kadang2 dalam sesuatu majlis tiba2 je kita dijemput untuk  memberi sedikit ucapan ringkas. Tak kira le samada sebagai bidan terjun mengganti penceramah yang tak datang ataupun untuk mengisi masa kosong yang ada.

Sepatutnya dalam kepala kita, dah ada beberapa set tajuk yang boleh disampaikan on the spot sebagai tazkerah ke, nasihat ke atau motivasi. Lebih2 lagi le kalau yang menjemput kita tu adalah para pelajar atau anak remaja. Seboleh2nya jangan le mengelak dan menghampakan mereka dengan kata2 negatif... "ehh pak cik tak bersedia la"..  Elok la dilayan hajat mereka ni.

Persoalannya apa bendanya bahan yang nak kita sharekan dengan depa ni? Sebenarnya bahannya memang le terlalu banyak. Masalahnya kita tak boleh nak ingat poin2 penting tu.

InsyaAllah saya akan cuba sharekan la sikit bahan2 yang mudah untuk kita ingat dan digunakan bila perlu.

Kita mulakan dengan tajuk yang paling asas yang sememangnya kita dah amalkan dalam kehidupan kitapun iaitu:

Cinta Kepada Allah
Cinta Kepada Rasul
Cinta Kepada Ibu Ayah
Cinta Kepada Ummah
Cinta Kepada Kecemerlangan.













Tuesday, February 15, 2011

Petikan ceramah Mauliddurrasul 140211 oleh Ust Hassanuddin b Mohd Yunus, Pengerusi Aqsa Syarif di surau Abdul Rahman Auf, Bangi 3

Tidak berhimpun satu kaum yang menyebut nama Allah melainkan mereka memperolehi 3
1. di pagari oleh para malaikat
2. Didatangi malaikat sakinah
3. Sebelum malaikat lapor kepada Allah, Allah telah menyebut nama nama kita
melatih diri untuk mengingati rasul
Memberi salam kepada nabi semasa tahayat.
Allah sendiri bersalawat kepada nabi, maka sebagai hamba mestilah lagi lebih bersalawat kepada nabi
Allah swt telah mengurnia kepada orang beriman. Apabila Allah mengutus seorang rasul, adalah merupakan kurniaan Allah swt
Perlu tanya samada kita dapat merasai bahawa apa yang dibawa oleh rasulullah sebagai satu kurniaan.
Bagaimana nak rasa kurniaan
1. Nabi membaca ayat ayat Allah swt (at-tilawah) kpd ummah. Penggilap hati.Pengingat mati
Rumah yang dibaca alquran: rasa rumah lapang, akan bertambah banyak kebaikan dalam rumah, Para malaikat akan masuk rumah dan syaitan keluar dari rumah.
2. wayuzakkihim- (az-tazkiyah) -menyucikan atau membersihkan. Manusia terdedah dengan kekotoran dari hasutan syaitan dan manusia. alkhannas adalah syaitan yang duduk dalam hati. dia akan keluar bila kita ingat Allah.
Sebai baik untuk dijadikan teman berbual ialah manusia yang apabila kita pandang mereka maka kota akan teringat Allah.
Apabila orang itu mula bercakap, kita dah ingat nak buat amal
Apabila tengok amal dia maka kita teringat hari akhirat
3. Mengajar (at-taklim) - wayualimuhumulkitabbiwalhikmah. Berhujah dengan alquran.
alhikmah -kebijaksanaan. berdasarkan kepada alquran.
wahyu Allah diajar kepada ummah
Hadis yang bermaksud Beruntunglah org yang dapat melihat aku dan beramal. dan beruntunglah 7x mereka yang beramal tetapi mereka tidak pernah melihat aku.
Harap harap kita menjadi sebahagian daripada mereka. InsyaAllah.

Friday, March 12, 2010

Kehebatan Zulkarnain

Kehebatan Zulkarnain mengembangkan agama Allah.

Firman Allah yang bermaksud:

Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepadamu cerita tentangnya".

Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami telah memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu,

maka dia pun menempuh suatu jalan.

Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: "Hai Zulkarnain, kamu boleh menyiksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka".

Berkata Zulkarnain: "Adapun orang yang aniaya, maka kami kelak akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya.

Adapun orang-orang yang beriman dan beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan, dan akan kami titahkan kepadanya (perintah) yang mudah dari perintah-perintah kami".

Kemudian dia menempuh jalan (yang lain).

Hingga apabila dia telah sampai ke tempat terbit matahari (sebelah Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,

demikianlah. Dan sesungguhnya ilmu Kami meliputi segala apa yang ada padanya.

Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi).

Hingga apabila dia telah sampai di antara dua buah gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

Mereka berkata: "Hai Zulkarnain, sesungguhnya Ya'juj dan Makjuj itu orang-orang yang membuat kerusakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara kami dan mereka?"

Zulkarnain berkata: "Apa yang telah dikuasakan oleh Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka,

berilah aku potongan-potongan besi" Hingga apabila besi itu telah sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: Tiuplah (api itu)". Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: "Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar kutuangkan ke atas besi panas itu".

Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melobanginya.

Zulkarnain berkata: "Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar". (18:83-98)

Thursday, March 11, 2010

Bersembang di alam akhirat

Lalu sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bercakap-cakap.

Berkatalah salah seorang di antara mereka: "Sesungguhnya aku dahulu (di dunia) mempunyai seorang teman, yang berkata: "Apakah kamu sungguh-sungguh termasuk orang-orang yang membenarkan (hari berbangkit)?

Apakah bila kita telah mati dan kita telah menjadi tanah dan tulang belulang, apakah sesungguhnya kita benar-benar (akan dibangkitkan) untuk diberi pembalasan?
"Berkata pulalah ia: "Maukah kamu meninjau (temanku itu)?"

Maka ia meninjaunya, lalu ia melihat temannya itu di tengah-tengah neraka menyala-nyala.

Ia berkata (pula): "Demi Allah, sesungguhnya kamu benar-benar hampir mencelakakanku, jikalau tidaklah karena nikmat Tuhanku pastilah aku termasuk orang-orang yang diseret (ke neraka).

Maka apakah kita tidak akan mati? Melainkan hanya kematian kita yang pertama saja (di dunia), dan kita tidak akan disiksa (di akhirat ini)?

Sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar. (37:50-60)

Wednesday, March 10, 2010

Pertelagahan di antara pengikut dan pemimpin di Padang Mahsyar

Dan mereka semuanya (di padang Mahsyar) akan berkumpul menghadap ke hadirat Allah, lalu berkatalah orang-orang yang lemah kepada orang-orang yang sombong: "Sesungguhnya kami dahulu adalah pengikut-pengikutmu, maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami azab Allah (walaupun) sedikit saja? Mereka menjawab: "Seandainya Allah memberi petunjuk kepada kami, niscaya kami dapat memberi petunjuk kepadamu. Sama saja bagi kita, apakah kita mengeluh ataukah bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri". (14:21)

Dan berkatalah syaitan tatkala perkara (hisab) telah diselesaikan: "Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar, dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu, melainkan (sekedar) aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku, akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu". Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pedih.(14:22)