Monday, April 21, 2008

MOTIVASI PELAJAR PINTAR SOLEH: AKU PENCETUS KECEMERLANGAN (BAHAGIAN 11)

4.3 Sunnah Rasul


Raulullahh SAW pernah bersabda bahawa barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, bukanlah mereka termasuk di dalam golonganku (Bukhari). Baginda SAW juga di dalam khutbahnya yang terakhir pernah berpesan bahawa diantaranya ialah “Aku tinggalkan kepada kalian dua perkara, selama-lamanya kalian tidak akan tersesat jika berpegang teguh kepada keduanya, iaitu al-quran dan sunnahku. Sunnah Rasul adalah segala perbuatan, tingkah laku, percakapan, pemikiran ataupun kegiatan yang telah dilakukan oleh Baginda saw. Secara ringkasnya sunnah rasul ini boleh dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu (i) Sunnah yang wajib yakni mesti diikuti dan sesiapa yang melakukannya akan mendapat pahala manakala mereka yang meninggalkannya dikira berdosa. Contohnya ialah pengabdian diri hanya kepada Allah swt. (ii) Sunnah yang sunat yakni sunnah yang apabila kita melakukannya akan mendapat pahala manakala jika kita meninggalkannya tidaklah dikira berdosa. Contohnya Rasulullah saw makan menggunakan jari, berkahwin serta berniaga untuk mencari rezki dan (iii) Sunnah yang haram untuk kita ikuti dan jika kita lakukan juga maka ia dikira sebagai dosa. Contohnya ialah Rasulullah berkahwin dengan lebih daripada empat orang perempuan pada satu-satu masa. Kelebihan ini hanyalah keistimewaan yang diberikan kepada Baginda saw sahaja dan tidak boleh diikuti oleh manusia biasa.
Sebagai pengikut, kita mestilah berusaha untuk mengikuti contoh-contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. Rasulullah saw telah meningggalkan banyak contoh tauladan di dalam semua bidang kehidupan termasuklah bidang ketauhidan, sosial, ekonomi, politik, akhlak, keibubapaan dan sebagainya supaya menjadi ikutan kepada ummatnya. Berikut adalah beberapa contoh sunnah Rasul yang perlu kita ikuti:

4.3.1 Solat berjamaah
• Allah swt telah menyatakan bahawa salah satu sifat orang-orang yang beriman kepada Allah swt dah Hari Akhirat ialah mereka sentiasa memakmurkan masjid samada dengan cara mendirikan solat secara berjamaah ataupun mengadakan aktiviti keilmuwan yang dapat meningkatkan pembangunan ummah. Firman Allah swt yang bermaksud:"Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada sesiapapun) selain Allan, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk di dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk". (Al-Taubah:18) Solat berjamaah merupakan satu amalan Rasulullah saw. Semasa hidupnya, baginda amat menitikberatkan solat secara berjamaah sehingga pada satu ketika di mana tidak ramai yang bersolat jamaah maka baginda berasa amat marah sehingga mengatakan "Inginlah aku rasanya menyuruh seseorang mengimami solat berjamaah, kemudian aku pergi mencari orang-orang yang tidak datang berjamaah, sesudah itu ku suruh bakar rumah-rumah mereka dengan ikatan kayu-kayu bakar. Kalaulah mereka tahu betapa besarnya pahala yang akan mereka perolehi, niscaya mereka akan mendatanginya".

No comments: